Wednesday, January 19, 2011

Saya Nak Berubah Tapi Takut Orang Kata atau Perli


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Zaman sekarang ni kalau kita duduk sembang-sembang, kita akan dapati ramai di kalangan kita ini mahu berubah. Namun, banyak sangat alasan atau lebih manis jika kita katakan halangan. Antara halangan-halangan yang menduduki carta tertinggi dalam carta halangan nak berubah ialah kurangnya ilmu, persekitaran yang tak membina dan paling tersembunyi dalam diri ialah takut orang kata atau diperli

Memang sudah sebati dalam budaya kehidupan masyarakat kita, bila orang nak buat baik sahaja, adalah kata-kata yang kurang manis akan berbunyi. Tapi kalau buat jahat lagi lah dikeji. Jadi nak buat baik ke buat jahat?

Tenanglah wahai jiwa, takut apa nak buat baik, manusia takkan puas dengan kita. Sedangkan Nabi yang sempurna sekali pun sering dikeji oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Inikan kita yang solat pun di akhir waktu dan tak kurang yang meninggalkan solat. Benarlah kata-kata Imam Al Ghazali, benda yang paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia. Benda yang paling dekat dengan kita pula ialah mati. Jadi Kalau tak berubah sekarang, bila lagi? Siapa tahu dia akan mati bila?

Tenanglah wahai hati, kalau nak berubah ingatlah mati, pasti akan dapat terjadi dan bukannya sekadar bermimpi di siang hari. Usah diambil kira kata orang. Kenapa pula macam tuh? Ialah kalau difikirkan sangat kata-kata orang yang perli perubahan kita, takkan ke manalah kita. Fikir macam ini sahaja, kalau kita tak berubah ke arah kebaikan, siapa nanti nak tolong jawab dalam kubur nanti, merekakah? Tidak kan? Jadi mengapa harus takut kepada kata-kata dan perlian mereka.

Sempena, tahun baru ini, tanamkanlah azam untuk berubah. Jika anda lelaki, belajarlah untuk menjadi Imam kepada bakal isteri dan anak-anak. Jika anda ialah wanita, belajarlah untuk menjadi seorang isteri solehah dan ibu yang baik buat bakal anak2 dan suami anda. Alah, rilek la, lambat lagi kot nak kahwin. Betul tu lambat lagi, tapi benda yang baik bukan mudah untuk dibuat, ia memerlukan masa untuk perubahan. Jadi mulakan dari sekarang.


Ko cakap senang la kan, aku ni budak jahat, macam mana nak jadi baik? aku dah la perangai macam haram, semua orang tahu tu kot. Alah ko cite senang la.. aku ni yang menanggung, ko bukan tatau kawan2 aku macam mane... ko ingat senang macam petik tali gitar terus bunyi ke? susah derr...

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata di atas, kerana itulah realiti kehidupan di zaman facebook dan twitter ni. Jadi yang penting tanamkan dulu keazaman, mulakan dengan memperbaiki solat. Jika elok solatnya, maka eloklah akhlaknya. Jika terasa lemah, maka bangunlah solat tahajud untuk mencari kekuatan batin dan jiwa.

Akhir kalam, berubahlah ke arah kebaikan, kerana di akhirat nanti, kita yang akan menjawab tentang apa yang kita telah lakukan pada hari ini.Bukannya kawan-kawan kita. Renung-renungkan dan selamat beramal.

8 comments:

azieazah said...

Sesapa pun boleh berubah. Adakala mudah saja, seperti yang diucap.

Tetapi lebih manis lagi bila tak beritahu orang sebaliknya membuktikan kepada diri sendiri terlebih dahulu.

TenangSudey said...

azieazah : setuju dengan azieazah.. kadang2 benda yang senyap2 tu lebih berhasil... tapi jika memerlukan sokongan maybe boleh berkongsi dengan org yang dpt membantu dan mendorong...

farah-sama said...

I found something from a book I read:

"What we imagine about others is actually what they are searching for. What we search for is what they find. What they find, then, influences their perception of themselves."

May this post have touched few hearts and influence their perception for betterment.

p/s Just to share. Pagi!

RHI said...

Alhamdulillah...kalau anak-anak muda sekarang pandai berfikir dan berniat untuk berubah, kerana itulah kita harus mendekatkan mereka dengan aktiviti berfaedah...

Unknown said...

berubah je!!just be ur self!

anNaqia said...

nak berubah susah.
nak maintain perubahan tu lagi susah.
yang penting berbalik pada hati masing-masing.

Johor Bahru Guy said...

niat tu penting..kalau dah ada niat, kena ada usaha pulak baru boleh berjaya.

ameer faris said...

berubah perlukan mujahdah yg tinggi..mungkin perit, namun itu yg terbaik, hidayah Allah tak tergamak utk ditahan2.. ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...