Thursday, January 20, 2011

Kisah Filem Khurafat, Awek dan Teman Lelakinya


Semalam pergi tengok wayang cerita Khurafat dengan kawan-kawan laki kat Jusco Ipoh. Filem ini agak menarik, namun cerita ini berakhir cepat sangat selepas klimak jalan cerita. Banyak persoalan terlerai begitu cepat. Namun, secara keseluruhan, cerita ini agak menarik dan rasanya cerita yang paling jimat elektrik. haha sebab dalam cerita, berlakon dalam keadaan gelap n suram je. hahaha

Khurafat mengisahkan Johan yang mengamalkan Khurafat dengan pakai minyak pengasih untuk memikat Anna. Syarat untuk menggunakan minyak pengasih tu, Johan tidak boleh tinggalkan Anna. Namun, lepas dah dapat Anna, Johan berkahwin dengan orang lain. Akibat melanggar janji tersebut, Johan dan isterinya telah diganggu oleh roh mayat yang dipuja untuk dijadikan minyak pengasih bagi memikat Anna tu. Rumahtangga mereka jadi suram je. Pengajarannya, janganlah amalkan khurafat, nanti hidup tak tenteram dan akan sentiasa didampingi oleh syaitan.

Lain pula halnya dengan kisah penonton cerita ini. Saya duduk sebaris dengan kawan-kawan saya dalam lebih kurang 7 orang lelaki dan seorang lagi dah tiada tiket terpaksa duduk kat kerusi lain dengan diapit dua orang gadis. Jadi hero malaya kejap beliau. haha. Tapi kisah lucunya ialah, masa tengah-tengah tengok cerita tu, ada la bahagian yang menyeramkan sikit. Lepas sahaja bahagian tu, tiba-tiba terdengar suara awek kat belakang berkata kepada teman lelakinya " Eh takut jugak awak ek?". Teman lelakinya hanya terdiam sahaja... hahaha

Kami di duduk di kerusi hadapan hanya mampu senyum dan buat tenangsudey...

Sekian....wsalam..

13 comments:

Anonymous said...

sape2 yg x tgok cite ni lg bole konsider ni spoiler. hehehe

Arsenal's Big Fan said...

MCM XBEST JE KHURAFAT

hollowgram said...

erk..nk tengok ke x ni..

Hollowgram

ftrhd said...

aku memang penakut sket.. kalau tengok cita hantu mesti susah tido sebab takut tiba-tiba hantu tu muncul dari siling atau bawah katil haahaa better tak payah tengok :p

Ali ridha said...

depa tu pun faham ke baca Al-quran....jangan main letak ke.kena juga faham maksud.

# # Perempuan tolak cinta lelaki baik !# #

# # Perang baju-T RHETT & LINK’S !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#

Mohd Hazwan said...

ada kata seram ada kata tak best...

TenangSudey said...

Anon : tu overall je.. yang details disimpan untuk ditonton sendiri.. hahaa

Arsenal : boleh la layan. xde la sampai x sedap terus.. hehe

Hollowgram : leh ah try tgk..

Fitri : hahaha stended ah tu.. terbawa-bawa dalam kehidupan.. hahaha

Ali : rasenya derang wat kajian dlu... sebab ayat2 yang dibaca memang untuk halau syaitan...

Hazwan : kalau jiwa ganas sangat maybe kata xde pape n biasa je la kot.. hehehe

Mantra said...

Sape yang lum tgk, tunggu raye or langgan Astro First sudey...janji tenangsudey ;)

Unknown said...

Haha, ingat lelaki tak takut ker. Takut kepada Pencipta tau. :)

azieazah said...

Ohhh filem seram? Kak Azie rela tidor dari tengok filem seram. Memang penakut...

TenangSudey said...

Mantra : haha lambat lagit u raya... memang kene sabar n tabah habis ah tunggu mcam tuh. hehehe


Amirul : hehe betul tu takut pada pencipta... hehe tapi kalau da terkeluar jerit tu tak dapat elak la kan.. hehe

Kak Azie : hehe tu la... kalau seram sangat boleh tercabut jantung.. tu belum cite Thai lagi. hehehe Thai lagi la seram hantunya.. hehe

Linda Masehat @ Acik Lin said...

best gak la citer ni :)
tak dak la meghampakan sangat ;)

De Mois said...

haha..tenang sudey kan. kalau dah ramai2 dalam wayang nak takut apa nya. ceh..berlagak pula..salam perkenalan

Jom singgah ke : SuaraSendiri

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...