Thursday, January 20, 2011

Kisah Filem Khurafat, Awek dan Teman Lelakinya


Semalam pergi tengok wayang cerita Khurafat dengan kawan-kawan laki kat Jusco Ipoh. Filem ini agak menarik, namun cerita ini berakhir cepat sangat selepas klimak jalan cerita. Banyak persoalan terlerai begitu cepat. Namun, secara keseluruhan, cerita ini agak menarik dan rasanya cerita yang paling jimat elektrik. haha sebab dalam cerita, berlakon dalam keadaan gelap n suram je. hahaha

Khurafat mengisahkan Johan yang mengamalkan Khurafat dengan pakai minyak pengasih untuk memikat Anna. Syarat untuk menggunakan minyak pengasih tu, Johan tidak boleh tinggalkan Anna. Namun, lepas dah dapat Anna, Johan berkahwin dengan orang lain. Akibat melanggar janji tersebut, Johan dan isterinya telah diganggu oleh roh mayat yang dipuja untuk dijadikan minyak pengasih bagi memikat Anna tu. Rumahtangga mereka jadi suram je. Pengajarannya, janganlah amalkan khurafat, nanti hidup tak tenteram dan akan sentiasa didampingi oleh syaitan.

Lain pula halnya dengan kisah penonton cerita ini. Saya duduk sebaris dengan kawan-kawan saya dalam lebih kurang 7 orang lelaki dan seorang lagi dah tiada tiket terpaksa duduk kat kerusi lain dengan diapit dua orang gadis. Jadi hero malaya kejap beliau. haha. Tapi kisah lucunya ialah, masa tengah-tengah tengok cerita tu, ada la bahagian yang menyeramkan sikit. Lepas sahaja bahagian tu, tiba-tiba terdengar suara awek kat belakang berkata kepada teman lelakinya " Eh takut jugak awak ek?". Teman lelakinya hanya terdiam sahaja... hahaha

Kami di duduk di kerusi hadapan hanya mampu senyum dan buat tenangsudey...

Sekian....wsalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...