Saturday, September 10, 2011

Respon Ustaz Azhar dan User Facebook Mengenai Nilai Hantaran Kahwin Wanita

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
Ape respon note kat Facebook? Ini ada satu sumber note yang agak menarik.
UNTUK WANITA/ LELAKI YANG SIBUK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH:
Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ". 
Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat ".. 
Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ". 
Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!
 Apa pula respon Ustaz Azhar? 
Papehal Tenangsudey... :P nak kahwin ni bukan soal hidup sehari dua. Ia soal hidup mati ke syurga abadi. Buat apa kahwin grand bagai, hantaran mahal bagai, tapi agama langsung tiada, hutang keliling pinggang, bahagia yang dicari tapi derita yang dikecapi.
Kahwin bukan soal hantaran beribu riban, tapi soal barakah, kalau saat nak bina masjid pun sudah takde barakah macam mane proses nak maintain masjid tuh nak dapat lagi barakah? Tak pelik la kes penceraian meningkat dari semasa ke semasa. Matlamat yang baik kalau salah caranya maka rosaklah segalanya.
Akhir sekali, renung-renungkan dan selamat beramal.
Maksud hadith: Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

3 comments:

Kumbang Jingga said...

sgt2 sgt setuju hehehe

kaizen said...

terbaik jwpn ustaz azhar...

mujaheedah seorang gadis said...

letak hantaran mahal2..buat majlis grand2..tpi baca quran pon tajwid x betul,masak pon terkial2,tanya pasal hukum agama main redah,buat bakar duit je..baik simpan untuk bakal anak2 nanti..untuk renungan bersama..wallahuallam..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...