Friday, January 14, 2011

Fan Page Kami Suka Isteri Dr Rozmey Sebab Dia Tak Angkuh Macam Laki dia | Dr Rozmey dan dRBook

Desas-desus mengenai berita yang Facebook akan ditutup pada March 15th telah membuka peluang perniagaan yang baru buat dr Rozmey. Berikut adalah pengumuman beliau di Facebook


Banyak kritikan dan ada juga sokongan diberikan oleh pengguna internet terhadap usaha Dr Rozmey ini. Menurut beliau, idea untuk menubuhkan dRBook bermula sejak 2010 lagi, namun kesukaran mendapatkan pakar IT menyebabkan ia tertangguh hingga ke hari ini.

Walaupun sudah mengetahui hakikat Facebook tidak akan ditutup dan hanyalah berita palsu. Dr Rozmey mengatakan beliau berharap Facebook akan terus beroperasi dan dimajukan dengan lebih banyak fungsi bagi menjaga kebajikan Facebook. Apa pun, beliau mengatakan usaha dRbook adalah untuk masa depan bisnes beliau dan tanggungjawab sosial.
Walau apa pun kritikan masyarakat terhadap beliau, Dr Rozmey terus mengembangkan bisnes beliau hampir ke pelbagai bidang. Setiap inci peluang yang ada, dipergunakan oleh Dr Rozmey sebaiknya. Namun yang paling melucukan dan paling tenangsudey ialah apabila terdapat user Facebok mewujudkan fan page Kami suka isteri Dr. Rozmey sebab dia tak angkuh macam laki dia


Konklusinya cukup mudah, rakyat Malaysia boleh menerima apa sahaja usaha dan bisnes yang Dr Rozmey ingin ceburi(tak termasuk yang hasad dengki dan iri hati), namun target Dr Rozmey perlulah yang boleh diterima akal. Tidak salah untuk bercita-cita besar, namun biarlah ia bersandarkan kepada logik akal.

Encik Tenangsudey mendoakan Dr Rozmey akan terus maju dalam bidang yang diceburi dan berharap akan ada lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya dan mengamalkan budaya-budaya melayu yang sopan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...