Browse » Home »
Posts filed under PETRONAS
Tuesday, March 25, 2014
Scholarship List in Malaysia | Senarai Biasiswa di Malaysia
Scholarship list in Malaysia
Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/master-degree-scholarship-tun-rahah.html#axzz2wTejXdXf
PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf
Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/uplands-international-education.html#axzz2wTejXdXf
Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-kuok-foundation-politeknik.html#axzz2wTejXdXf
MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/mnrb-scholarship-insurance-science.html#axzz2wTejXdXf
Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/biasiswa-mara-luar-negara-ijazah.html#axzz2wTejXdXf
PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf
SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/shell-scholarship-oversea-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf
UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/engineering-malaysia-scholarships.html#axzz2wTejXdXf
Maybank Foundation Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/02/biasiswa-maybank-scholarship-luar-negara.html#axzz2wTejXdXf
Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-sc-sekuriti-commission-malaysia.html#axzz2wTejXdXf
Astro Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-astro-scholarship-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf
Karangkraf Education Fund
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-karangkraf-scholarship-swasta.html#axzz2wTejXdXf
KPM MyBrainSc Scholarship Scheme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/kpt-mybrainsc-scholarship-scheme-2014.html#axzz2wTejXdXf
Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my/scholarship2.htm
PNB
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#edu_csr
Sime Darby
http://www.yayasansimedarby.com/1008230434%C2%BBMalaysia.aspx
Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_misc&pg=en_career_scholar&ac=1097
Source : Group Alumni Yayasan Tun Razak (AYTR)
Friday, September 7, 2012
PETRONAS to pay RM30b dividend despite uncertain profits and more challenging outlook
According to Malaysian Insider,
KUALA LUMPUR, Sept 7 ― Petronas, previously described as Putrajaya’s “piggy bank”, said today it will pay the government RM30 billion in dividends this year despite falling profits and a challenging outlook.
KUALA LUMPUR, Sept 7 ― Petronas, previously described as Putrajaya’s “piggy bank”, said today it will pay the government RM30 billion in dividends this year despite falling profits and a challenging outlook.
The amount will likely make up more than a third of the state oil company’s net profit, after it said today that it may struggle to hit RM90 billion in pre-tax profit for the year.
Petronas chief executive Tan Sri Shamsul Azhar Abbas said, however, that there is an understanding with the Ministry of Finance that dividends will be capped at 30 per cent of profit starting next year.
“This year we will maintain what was committed,” he said in a media briefing.
Global ratings agencies as well as the World Bank have warned that Malaysia is over-reliant on oil income.
Dividends from Petronas are estimated to make up about 40 per cent of federal government revenues.
If the trend of lower profits extends into next year, the government could see a drop in dividends from Petronas, potentially affecting its fiscal reform efforts to address its chronic budget deficit.
Petronas earned RM70.7 billion in revenue in the second quarter, down three per cent from the same period last year largely due to lower crude oil prices.
Net profit also fell 30 per cent to RM15.2 billion while its gross profit margin shrank to 37.5 per cent from 42.4 per cent.
“Now going into the third quarter, it is going to be worse,” said Shamsul
------------------------------------------------------------------------
Lets pray and do our best to secure PETRONAS and prevent it from being manipulated for politics and corruption. amiin.
This is so serious and I think we cannot just sit and say "TenangSudey". This is a serious business.
Wednesday, June 20, 2012
Tips Structured Interview (SI) atau Panduan Temuduga
Akhir-akhir ini dapat banyak messages dari sahabat2 bertanyakan tips untuk structured interview or interview la generally.
Actually agak sibuk akhir2 ini, tapi tidak mahu menghampakan orang bertanya, jadi saya postkan di sini, agar dapat menjadi rujukan sahabat2 yang lain. Saya bukanlah bagus sangat, namun inilah sekadar sedikit perkongsian.
Before interview. Make sure dah ready dengan:
1) Pengalaman waktu intern
Ini penting untuk pengalaman kita dalam industri. Apa yang boleh kita sumbangkan dan apa pemahaman kita terhadap industri yang kita mahu ceburi. Kemungkinan besar juga ada sumbangan sedara/sedari yang berguna semasa intern yang boleh berikan added value kepada permohonan anda.
2) Final Year Project (FYP) + Engineering Team Project (ETP)
Good example how you manage project or task given. How you manage challenges? knowing nothing about something, yet you still can deliver it.
For me, 2 benda ni sangatlah penting dan cukup untuk senjata kita berperang dalam interview ni. Jangan nak cari yang benda2 luar biasa. Just amik apa yang ada pada diri, improvise dan sharpen je. Insya Allah, ada rezeki takkan ke mana. Buat yang terbaik, selebihnya urusan Allah.
Before interview. Make sure dah ready dengan:
1) Pengalaman waktu intern
Ini penting untuk pengalaman kita dalam industri. Apa yang boleh kita sumbangkan dan apa pemahaman kita terhadap industri yang kita mahu ceburi. Kemungkinan besar juga ada sumbangan sedara/sedari yang berguna semasa intern yang boleh berikan added value kepada permohonan anda.
2) Final Year Project (FYP) + Engineering Team Project (ETP)
Good example how you manage project or task given. How you manage challenges? knowing nothing about something, yet you still can deliver it.
For me, 2 benda ni sangatlah penting dan cukup untuk senjata kita berperang dalam interview ni. Jangan nak cari yang benda2 luar biasa. Just amik apa yang ada pada diri, improvise dan sharpen je. Insya Allah, ada rezeki takkan ke mana. Buat yang terbaik, selebihnya urusan Allah.
Structured Interview boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:
1) Study Case
2) Competency
3) Role play
1) Study Case
Korang akan dapat satu petikan dalam satu muka surat or dua muka surat. Apa yang penting kat sini, fahamkan dan extract key points dari petikan ini. Kat sini time management sangatlah penting. Contohnya korang diberikan masa selama 30 min untuk hadamkan dan analisis petikan tu, selalunya orang akan spend 30 min tu dengan sempurnakan isi2 dia dan baca petikan ulang2 dan sibuk nak amik point banyak2 tanpa ade persediaan untuk deliver dengan flawless.
Cara yang terbaik jika diberikan 30 min ialah:
10 min baca dan fahamkan.
10 min tulis point penting.
10 min REHEARSAL n challenge your point.
SO bila kite present, kita da yakin n tahu apa nak jawab.
SO bila kite present, kita da yakin n tahu apa nak jawab.
Ramai orang kantoi untuk deliver dengan baik sebab takda part rehearsal sebelum present tuh, akhirnya point yang bagus2 tak dapat deliver or elaborate dengan baik, akhirnya message tak sampai, presentation tak menarik, orang pon tak berkenan nak dengar apa yang kita nak sampaikan. Akhirnya, sampaikan salam boleh balik awal :). So make sure korang rehearsal dlu before present tuh, for sure la korang boleh punye. Korang ni kan hebat2.
2) Competency
Part ni lebih kepada nak tahu character or pengalaman kita handle masalah. Contohnya good problem solver ke. Just pick la pape event or experience korang yg menunjukkan character yang diperlukan tu. Please elaborate something yang korang pernah buat n logik, bukannya mereka-reka benda yang korang tak pernah buat, sebab benda ni nak tahu korang pernah buat or tak n macam mana je. Bukan nak tengok kehebatan korang kelentong. For example, dia mintak korang tunjukkan character korang ni good problem solver. So apa susah? Just amikla satu masalah masa buat FYP ke, masa intern ke, yang korang selesaikan. Takpon masalah dalam leadership ke,
i)Tunjukkan apa masalahnya,
ii) Cara penyelesaiannya
iii) Kesan/ impak
3) Role Play
Part ni korang akan dapat la kad untuk role play tu. Dia akan bagitahu apa role korang. PAHAMKAN betul2 apa role tu. Kalau role sebagai sales manager/ marketing manager, imagine betul2 situasi tu, janganlah sales manager, tapi gaya respon mcm pembeli je.
Untuk part ni, korang tackle ROOT cause setiap masalah yang diberikan dan BUKANNYa main kasik je punca masalah yang BUKAN signifikan/ penting terhadap masalah yang melanda. Diorang akan provoke, bakar dan attack korang untuk tengok kredibiliti korang untuk role yg dimainkan korang. Yang paling penting kat sini janganlah kelam kabut gundah gulana, Tenang je jawab soalan2 tu dengan sentimen untuk membantu secara bersunguh-sungguh. Tunjukkan passion dalam nak selesaikan masalah tu dan bukan semata-mata berikan penyelesaian.
Kalau tak mampu, kita tanak dengar perkataaan tak mampu tu, tapi kita nak tahu macam mana anda akan berushaa untuk mampukan, give a duration or target, we dont want people just keep talking without facts n figures. This is for executives position, NOT a non executive position. So treat it 'executively'.
Begitulah seimbas lalu, apa yang dapat dikongsi dalam masa terhad yang ada dengan komitmen pada kerja. Harap sedikit sebanyak dapat membantu sedara-sedari. Jika ada kemusykilan atau nak minta komen atau nasihat pasal CV leh email kat abiaiman.ayoub@gmail.com.
Good Luck untuk pencarian kerja sedara/sedari.
Good Luck untuk pencarian kerja sedara/sedari.
Terima kasih.
Thursday, June 9, 2011
PETRONAS Untung Kerajaan Dapat 30 billion
Menurut sumber Berita Harian
Keuntungan meningkat 34.5 peratus daripada RM67.3b dicatat tahun lalu
PETRONAS meraih keuntungan sebelum cukai RM90.49 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 34.5 peratus daripada RM67.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu.
Ia didorong peningkatan pendapatan sebanyak 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion berbanding RM210.8 bilion tahun sebelumnya.
Ia, kata beliau, dicapai di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh meskipun dalam persekitaran nilai ringgit yang lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Berikutan prestasi kewangan memberangsangkan itu, Petronas mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan dikaji.
“Prestasi keseluruhan kumpulan meningkat, dicerminkan daripada kenaikan pulangan ke atas modal purata daripada 15.9 peratus kepada 17.5 peratus,” katanya mengumumkan prestasi kewangan PETRONAS di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam tahun kajian, keuntungan itu turut disumbang oleh pendapatan diraih sekali saja iaitu menerusi penyenaraian dua unitnya pada suku ketiga lalu iaitu Petronas Chemicals Group Bhd pada November dan Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) pada Oktober, yang mana keseluruhannya bernilai RM9.2 bilion.
Sementara itu, Shamsul Azhar berkata, PETRONAS akan memperuntukkan RM300 bilion bagi perbelanjaan modalnya dalam tempoh lima tahun ini, yang mana sebahagian besarnya akan digunakan untuk mengukuhkan kedudukan firma itu pada peringkat antarabangsa.
Beliau menambah, PETRONAS akan terus meninjau beberapa peluang penerokaan baru di peringkat antarabangsa selepas mengambil langkah untuk keluar dari pasaran Ethiopia dan Timor Leste yang disifatkan satu keputusan komersial.
“Perniagaan di pasaran terbabit tidak memberi pulangan yang wajar kepada kumpulan walaupun ia dilihat seperti kami mengurangkan kehadiran pada peringkat global. Kami akan tetap meneruskan penerokaan bagi kawasan laut dalam dan lapangan minyak baru,” katanya.
Shamsul Azhar berkata, sejumlah besar peruntukan perbelanjaan modal berkenaan akan digunakannya dalam perniagaan hiliran untuk meningkatkan rantaian nilai bersepadu kumpulan itu.
Beliau menjelaskan, peruntukan yang adalah lebih tinggi daripada RM250 bilion yang diumumkan sebelumnya itu dibuat selepas mengambil kira rancangan projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia (RAPID) bernilai AS$20 bilion (RM60 bilion) yang diumumkannya bulan lalu.
“Jumlah perbelanjaan modal ditingkatkan untuk melepasi kenaikan kos, meningkatkan integriti aset, meningkatkan aset sedia ada, memacu pertumbuhan serta meneroka lapangan minyak baru di kawasan lebih mencabar,” katanya.
Shamsul Azhar berkata, peruntukan itu juga tidak termasuk kegiatan penggabungan dan pembelian yang bakal dilaksanakannya dalam usaha meningkatkan kedudukan Petronas pada peringkat global.
Sunday, December 26, 2010
Loji Minyak Petronas Terbakar
Kalau sebelum ni pelantar minyak PETRONAS terbakar, kali ni loji minyak PETRONAS pula terbakar, PETRONAS Penapisan Terengganu Sdn. Bhd (PPTSB). Berikut berita dari Utusan dan gambar dari Kosmo
KEMAMAN 25 Dis. – Satu kebakaran kecil berlaku di dalam kawasan loji penapisan minyak Petronas Penapisan Terengganu Sdn. Bhd. (PPTSB) di Kawasan Perindustrian Kerteh dekat sini malam tadi.
Bagaimanapun, kebakaran kira-kira pukul 11.50 malam itu dapat dikawal daripada merebak dan berjaya dipadamkan bomba dalam tempoh 30 minit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan daripada pengurusan loji, bergegas ke tempat kejadian dengan empat jentera bersama 30 anggota.
“Anggota bomba dan penyelamat dari Bandar Kerteh, Paka dan Kompleks Petronas Kerteh telah dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.
“Kami terpaksa menunggu dan menjalankan pemeriksaan rapi sehingga pukul 3 pagi untuk memastikan api padam sepenuhnya,” katanya.
Menurutnya, 30 pekerja yang menganggotai pasukan tindakan kecemasan (ERT) turut membantu operasi memadamkan kebakaran itu.
Khairulhasni berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada sebatang paip minyak yang mengalami kebocoran namun pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci.
Sementara itu, seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu dan hanya ingin dikenali sebagai Azmi berkata, dia ternampak api menjulang tinggi.
“Setelah kereta saya menghampiri kawasan loji penapisan berkenaan, saya terkejut mendapati puluhan anggota bomba sedang berusaha bertungkus lumus memadamkan api yang marak,” katanya.
Sementara itu, operasi Kompleks Petrokimia Bersepadu Petronas di Kerteh dihentikan buat sementara waktu berikutan kejadian kebakaran tersebut.
Petronas Chemicals Group Berhad dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, kebakaran itu berlaku di Unit Hydrotreater Naptha.
“Sebagai langkah keselamatan, operasi di kompleks terbabit dihentikan. Bagaimanapun kawasan berhampiran kilang aromatik dalam kompleks itu tidak terjejas,” jelas kenyataan itu lagi.
Jadi, walau di mana pun kita berada, utamakan keselamatan dan setelah kita dah berusaha untuk menjaga keselamatan kita, serahkanlah pergantungan kita dengan doa dan ikhlaskan kerja kita sebagai ibadat. Mudah-mudahan kalau terjadi apa-apa pun kita dipelihara oleh Allah. Akhir kalam, kerjalah sebagai beribadat
Subscribe to:
Posts (Atom)