Sunday, February 13, 2011

UTP Menang Anugerah Filem Keselamatan Jalan raya





Filem 'Inadvertence' yang dihasilkan enam penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) membolot tiga anugerah dalam pertandingan filem pendek "Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya" (Mufors) 2010 anjuran Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Berhad.

'Inadvertence' dinobat sebagai Filem terbaik, Sinematografi terbaik dan Pengarah terbaik dalam pertandingan yang disertai 141 pasukan dari pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan, kata Eksekutif Perhubungan Media UTP Aslinda Jamaluddin kepada Bernama pada Sabtu.

Pasukan UTP dianggotai Mohamad Mahsyar Mohamed Said, Zeffree Kan Zainal Kan, Ahmad Faris Ahmad Khairi, Luqman Afiq Razali, Mohamad Adib Harith Fadzilah, Muhammad Shafiq Shahat @ Sehat dan Dr Mohd Fadzil Hassan.

Beliau berkata objektif pertandingan itu ialah bagi menghasilkan platform kepada penuntut di institusi pendidikan tinggi untuk memainkan peranan dalam mengubah budaya negatif terhadap keselamatan jalan raya di negara ini.

Pasukan dari UTP yang merangkul tiga anugerah itu berjaya menghasilkan filem pendek yang mampu membantu usaha mengubah budaya negatif berkenaan dan menjadikan jalan raya sebagai satu kawasan selamat, katanya.

Tahniah buat pasukan UTP.

sumber : Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...