Sunday, February 13, 2011

UTP Menang Anugerah Filem Keselamatan Jalan raya





Filem 'Inadvertence' yang dihasilkan enam penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) membolot tiga anugerah dalam pertandingan filem pendek "Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya" (Mufors) 2010 anjuran Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Berhad.

'Inadvertence' dinobat sebagai Filem terbaik, Sinematografi terbaik dan Pengarah terbaik dalam pertandingan yang disertai 141 pasukan dari pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan, kata Eksekutif Perhubungan Media UTP Aslinda Jamaluddin kepada Bernama pada Sabtu.

Pasukan UTP dianggotai Mohamad Mahsyar Mohamed Said, Zeffree Kan Zainal Kan, Ahmad Faris Ahmad Khairi, Luqman Afiq Razali, Mohamad Adib Harith Fadzilah, Muhammad Shafiq Shahat @ Sehat dan Dr Mohd Fadzil Hassan.

Beliau berkata objektif pertandingan itu ialah bagi menghasilkan platform kepada penuntut di institusi pendidikan tinggi untuk memainkan peranan dalam mengubah budaya negatif terhadap keselamatan jalan raya di negara ini.

Pasukan dari UTP yang merangkul tiga anugerah itu berjaya menghasilkan filem pendek yang mampu membantu usaha mengubah budaya negatif berkenaan dan menjadikan jalan raya sebagai satu kawasan selamat, katanya.

Tahniah buat pasukan UTP.

sumber : Bernama

7 comments:

Unknown said...

Tahniah! Well talented and nice storyline =)

Nisha said...

wah.. nice!!

KD said...

nice.. like it... camera views mmg masyuk...

Ventriloquist said...

Cool. proud to be UTPian!

bdk medtech ke yg wat ni aaba?

Dr fadzil tu x salah aku head dept aku tu kt CIS. ke aku silap org?

TenangSudey said...

Ventriloquist : diorang campur2.. tapi diorang ni memang biasa buat montage and mmg sgt kreatif.. zeff tu presiden SIFE UTP...

Asfan Ash said...

ok aku komen
1- pelakon pempuan kaku
2- that is not blood. sos tu...nampak gila lol

tp anyway, sinematografi lawa....tahap2 nurkasih dah haha. krew filscape ke?walauweh

Mr Mantra said...

Salah tu berdua2 an di tempat yg sunyi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...