Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Sekarang ini buku A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad sangatlah meletup. Sehari sahaja dah mencapai jualan sebanyak 5000 buah.Tapi bukan itu yang ingin saya ceritakan kali ini. Apa yang menarik minat saya ialah tabiat membaca di kalangan masyarakat kita dan terutamanya buat umat Islam.
Masyarakat Islam hari ini agak kurang membaca jikalau dibandingkan dengan masyarakat Islam lampau. Hal ini mungkin disebabkan zaman dahulu sukarnya untuk mendapatkan ilmu dan mereka berusaha sungguh2. Tapi hari ini kita, apabila sudah tahu mudahnya nak dapat ilmu kita kadang2 mengabaikan diri kita untuk membaca dan menambahkan ilmu kita. Itulah hakikat manusia yang rugi, apabila benda dalam genggaman, kita seringkali terlepas pandang dan kurang menghargai. Bila sudah tiada baru nak ditangisi dan dicari.
Apa yang menjadi fokus pada malam ini ialah ubat hati, jangan biar hati mati. Zaman sekarang ini, penyakit hati adalah satu penyakit yang tidak mungkin ada ubat yang mujarab untuk merawatnya. Namun dalam perubatan Islam, ubat hati itu jelas dinyatakan iaitu dengan membaca al-Quran.
Mengapa saya perlu membaca al-Quran?
Sesungguhnya mereka yang berpegang teguh pada al-quran dan sunnah tidak akan sesat.
"alah, nak pegang teguh2 ni urusan orang alim boleh la. Saya ni mane tahu bab2 agama, quran tu setakat baca je bolehla. nak tafsir2 ni, mane terer la derr" kata muslim kepada ahmad.
Ahmad terdiam(dalam hatinya betul jugak kan, dah tatau makna, buat ape nak bace kan, no point gak)
Itulah salah tanggapan kita. Ok mari kita bayangkan. Bayangkan diri kita yang rosak dengan pelbagai tipu daya dunia ni sebagai baldi yang pecah lagi kotor berlumut dan segala bagai kotoran la ade kat baldi tuh. Dah la kotor, berlubang pulak tu kat dasar baldi tuh. Al quran pula diumpamakan sebagai ai sungai.
Jika sebagai contohnya la kan, ayah muslim kata kepada muslim. Wahai muslim anakku yang dikasihi, bolehkah kamu tolong ayah untuk amik baldi yang bocor tadi pergi ke sungai dan bawakan air sungai itu ke sini. Muslim tanya ayah dia, ayah nape nak pakai baldi ni, mesti la x dpt pape, dah la bocor, pastu kotor lagi.
Ayah dia kata, takpa muslim, acu cube try test amik air sungai tu jugak, ayah saje nak try muslim ni boleh ke tak amik air tuh. Jadi muslim tanaklah tunjuk dia ni lemah angkat air sebaldi tu kan dan tanpa tahu tujuaannya muslim ikut sahaja kata ayahnya. Lepas muslim dah amik sebaldi air sungai dan dibawakan kepada ayahnya. Sampai je kat ayah dia, mesti takde air dalam baldi tu sebab kan bocor camne la air nak ade kan.
Pastu ayah dia kata, takpe muslim cube pergi amik lagi. Lepas da 20 kali ulang alik pergi amik air sungai tu dan setiap kali sampai kat ayah dia mesti takde air. Nak masuk je kali ke 21, Muslim pun tanyalah ayah dia, ayah nape nak amik lagi, takde gunalah amik air sungai ngan bekas baldi berlubang, kotor dan berlumut ni. Mustahil kita akan dapat pape.
Ayahnya duduk terdiam control macho seposen dua, lalu berkata, Muslim, cube lihat pada baldi itu, masihkah ada kotoran yang tertinggal? masihkah ada lumut yang tertinggal di baldi itu?
Muslim pun melihat baldi itu, dan terkejut kerana memang betullah baldi itu sudah bersih.
Jadi, pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ni, walaupun kita ni memang kebanyakannya tak faham maksud al quran tu, tapi kalau kita selalu membacanya, Setidak-tidaknya ia dapat mensucikan dan menenangkan hati kita sebagaima kisah muslim yang tak tahu pun apa tujuan ayah dia suruh amik air sungai dengan baldi yang berlubang lagi kotor tuh. Samalah dengan hati kita, kalau sentiasa dicuci, walaupun awalnya kotor, akhirnya akan bersih dan tenang juga hati ini.
Begitulah juga dalam kehidupan kita, hakikat kisah lalu kita tidak mungkin dapat kita padamkan(sama juga dengan kisah yang baldi itu pada dasarnya sememangnya sudah berlubang). Apa yang boleh kita buat ialah menyucikan kisah silam kita dengan sebuah harapan baru dan sebuah kehidupan yang baru. Begitulah ubat al-quran, tidak faham maksud ayat al-quran bukan bermakna kita tidak boleh membaca al-quran. Kegagalan lalu adalah kejayaan yang tertunda. Maka kenapa harus ditunda lagi? Ayuhlah sama-sama berusaha untuk kejayaan di nergeri akhirat sana.
Namun, sebaik-baiknya cubelah fahami maksud al-quran supaya kesan pembacaan al-quran akan lebih bermakna dan lebih memberikan kesan. Kongsilah andai ini berguna untuk rujukan kita semua. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat keberkatan daripada al-Quran.amiin