Friday, June 3, 2011

Mencari Sakinah, Jangan Bersedih, Allah Sentiasa Bersama Kita


Apabila kita duduk bersendirian dan memikirkan nasib diri kita, kita kadang2 merasakan diri kita ini sangatlah hina dan kurang mendapat rahmat dari Ilahi. Tapi kita sering lupa yang rahmat Allah itu sudah melangit tinggi sejak lahirnya kita ke bumi.

Sebuah video oleh Professor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (drMAZA) dan disunting dengan baik oleh salafus-sholih ini cukup memberikan erti sakinah dan erti kehidupan ini. Ya Allah bersyukurkah kita ini? Video ini cukup untuk memberikan ketenangan dan kesedaran kepada kita. Subhanallah.



Apabila kita ditimpa musibah, kita kata habislah aku kali ni, tapi usia kita telah berjalan, kita masih hidup dan makan serta menikmati kurniaan tuhan. Ketika kita kata, Ya Allah tolong la aku, aku susah, hari ini kita lupa dengan nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kita.

Andainya hidup ini begitu sukar dan cukup berliku, ingatlah bahawa Rasulullah melalui perjalanan yang lebih sukar dan berliku berbanding kita umatnya yang mewarisi Islam. Kita yang mewarisi sahaja Islam ini pun sering merungut nak solat 5 waktu, nak puasa, nak buat kebaikan tapi kita tak pernah nak fikirkan macam mana susahnya Baginda nak wariskan Islam itu kepada kita. Tapi hakikatnya Islam itu bukan sekadar untuk diwarisi tapi untuk dihayati oleh kita.

Friday, May 20, 2011

Sham Kamikaze Dapat Hidayah, Kita Pula Macam Mana?




Shamril bin Mohd Salleh merupakan salah seorang anggota kumpulan Kamikaze yang merupakan kumpulan penyanyi di Malaysia. Dikenali juga sebagai Sham Kamikaze. Alhamdulillah dan tahniah buat Sham Kamikaze yang telah berubah ke arah lebih baik dengan mendapat hidayah dari Allah. Syukur dan tahniah buat Sham.

Kita ini walaupun sudah mengerjakan solat 5 waktu jangan ingat itu sudah cukup. Kita haruslah terus berdoa moga Allah terus memberikan hidayah dan kita dapat melakukan lebih banyak kebaikan. Sehari demi sehari lebih baik.

Jangan ingat hari ini kita baik, esok dan seterusnya kita akan terus baik. Hati manusia ini boleh berbolak balik. Jadi sebagai hambanya adalah menjadi tanggungjawab kite untuk terus berdoa memohon hidayah kepadanya.

Akhir kalam, Usah impikan isteri secantik Balqis andai iman tak seteguh Sulaiman. Usah impikan suami sekacak Yusof andai iman tak sehebat Zulaikha.

Ingatlah sekali kita jahat bukan selamanya kita jahat kerana Allah itu lebih tahu yang terbaik buat kita. Jangan biarkan kesalahan kita terus menyebabkan kita terus melakukan kesalahan demi kesalahan. Taubatlah kunci kepada pintu kebaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...