Friday, June 3, 2011

Mencari Sakinah, Jangan Bersedih, Allah Sentiasa Bersama Kita


Apabila kita duduk bersendirian dan memikirkan nasib diri kita, kita kadang2 merasakan diri kita ini sangatlah hina dan kurang mendapat rahmat dari Ilahi. Tapi kita sering lupa yang rahmat Allah itu sudah melangit tinggi sejak lahirnya kita ke bumi.

Sebuah video oleh Professor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (drMAZA) dan disunting dengan baik oleh salafus-sholih ini cukup memberikan erti sakinah dan erti kehidupan ini. Ya Allah bersyukurkah kita ini? Video ini cukup untuk memberikan ketenangan dan kesedaran kepada kita. Subhanallah.



Apabila kita ditimpa musibah, kita kata habislah aku kali ni, tapi usia kita telah berjalan, kita masih hidup dan makan serta menikmati kurniaan tuhan. Ketika kita kata, Ya Allah tolong la aku, aku susah, hari ini kita lupa dengan nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kita.

Andainya hidup ini begitu sukar dan cukup berliku, ingatlah bahawa Rasulullah melalui perjalanan yang lebih sukar dan berliku berbanding kita umatnya yang mewarisi Islam. Kita yang mewarisi sahaja Islam ini pun sering merungut nak solat 5 waktu, nak puasa, nak buat kebaikan tapi kita tak pernah nak fikirkan macam mana susahnya Baginda nak wariskan Islam itu kepada kita. Tapi hakikatnya Islam itu bukan sekadar untuk diwarisi tapi untuk dihayati oleh kita.

Wednesday, June 1, 2011

Khutbah Jumaat Pasal Facebook dan SMS


Jadi, mudah-mudahan kita dapat ambil iktibar dari khutbah di atas. Janganlah biarkan diri kita menanggung dosa akibat kelalaian kita. Teknologi tu tak bersalah, cuma terpulang untuk diri kita gunakan ia ke arah kebaikan mahupun ke arah kebinasaan.

Teknologi itu sekadar alat untuk memudahkan dan menambahbaik kehidupan kita. Kita yang dikurniakan akal ini perlulah gunakan ia sebaiknya agaknya tidak disamakan dengan binatang yang tida berakal. Renung-renungkan dan selamat beramal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...