Wednesday, June 20, 2012

Tips Structured Interview (SI) atau Panduan Temuduga

Akhir-akhir ini dapat banyak messages dari sahabat2 bertanyakan tips untuk structured interview or interview la generally.

Actually agak sibuk akhir2 ini, tapi tidak mahu menghampakan orang bertanya, jadi saya postkan di sini, agar dapat menjadi rujukan sahabat2 yang lain. Saya bukanlah bagus sangat, namun inilah sekadar sedikit perkongsian.

Before interview. Make sure dah ready dengan:
1) Pengalaman waktu intern
Ini penting untuk pengalaman kita dalam industri. Apa yang boleh kita sumbangkan dan apa pemahaman kita terhadap industri yang kita mahu ceburi. Kemungkinan besar juga ada sumbangan sedara/sedari yang berguna semasa intern yang boleh berikan added value kepada permohonan anda.

2) Final Year Project (FYP) + Engineering Team Project (ETP)
Good example how you manage project or task given. How you manage challenges? knowing nothing about something, yet you still can deliver it.

For me, 2 benda ni sangatlah penting dan cukup untuk senjata kita berperang dalam interview ni. Jangan nak cari yang benda2 luar biasa. Just amik apa yang ada pada diri, improvise dan sharpen je. Insya Allah, ada rezeki takkan ke mana. Buat yang terbaik, selebihnya urusan Allah.

Structured Interview boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:
1) Study Case
2) Competency 
3) Role play

1) Study Case
Korang akan dapat satu petikan dalam satu muka surat or dua muka surat. Apa yang penting kat sini, fahamkan dan extract key points dari petikan ini. Kat sini time management sangatlah penting. Contohnya korang diberikan masa selama 30 min untuk hadamkan dan analisis petikan tu, selalunya orang akan spend 30 min tu dengan sempurnakan isi2 dia dan baca petikan ulang2 dan sibuk nak amik point banyak2 tanpa ade persediaan untuk deliver dengan flawless.

Cara yang terbaik jika diberikan 30 min ialah:
10 min baca dan fahamkan.
10 min tulis point penting.
10 min REHEARSAL n challenge your point. 
SO bila kite present, kita da yakin n tahu apa nak jawab.

Ramai orang kantoi untuk deliver dengan baik sebab takda part rehearsal sebelum present tuh, akhirnya point yang bagus2 tak dapat deliver or elaborate dengan baik, akhirnya message tak sampai, presentation tak menarik, orang pon tak berkenan nak dengar apa yang kita nak sampaikan. Akhirnya, sampaikan salam boleh balik awal :). So make sure korang rehearsal dlu before present tuh, for sure la korang boleh punye. Korang ni kan hebat2.


2) Competency
Part ni lebih kepada nak tahu character or pengalaman kita handle masalah. Contohnya good problem solver ke. Just pick la pape event or experience korang yg menunjukkan character yang diperlukan tu. Please elaborate something yang korang pernah buat n logik, bukannya mereka-reka benda yang korang tak pernah buat, sebab benda ni nak tahu korang pernah buat or tak n macam mana je. Bukan nak tengok kehebatan korang kelentong. For example, dia mintak korang tunjukkan character korang ni good problem solver. So apa susah? Just amikla satu masalah masa buat FYP ke, masa intern ke, yang korang selesaikan. Takpon masalah dalam leadership ke,
                i)Tunjukkan apa masalahnya, 
                ii) Cara penyelesaiannya 
                iii) Kesan/ impak 


3) Role Play
Part ni korang akan dapat la kad untuk role play tu. Dia akan bagitahu apa role korang. PAHAMKAN betul2 apa role tu. Kalau role sebagai sales manager/ marketing manager, imagine betul2 situasi tu, janganlah sales manager, tapi gaya respon mcm pembeli je.

Untuk part ni, korang tackle ROOT cause setiap masalah yang diberikan dan BUKANNYa main kasik je punca masalah yang BUKAN signifikan/ penting terhadap masalah yang melanda. Diorang akan provoke, bakar dan attack korang untuk tengok kredibiliti korang untuk role yg dimainkan korang. Yang paling penting kat sini janganlah kelam kabut gundah gulana, Tenang je jawab soalan2 tu dengan sentimen untuk membantu secara bersunguh-sungguh. Tunjukkan passion dalam nak selesaikan masalah tu dan bukan semata-mata berikan penyelesaian.

Kalau tak mampu, kita tanak dengar perkataaan tak mampu tu, tapi kita nak tahu macam mana anda akan berushaa untuk mampukan, give a duration or target, we dont want people just keep talking without facts n figures. This is for executives position, NOT a non executive position. So treat it 'executively'.

Begitulah seimbas lalu, apa yang dapat dikongsi dalam masa terhad yang ada dengan komitmen pada kerja. Harap sedikit sebanyak dapat membantu sedara-sedari. Jika ada kemusykilan atau nak minta komen atau nasihat pasal CV leh email kat abiaiman.ayoub@gmail.com.

 Good Luck untuk pencarian kerja sedara/sedari.

Terima kasih.


10 comments:

nurul razak said...

abang abi~
saye final year thn ni..
bole bg apape nasihat tak.
bhahaha :D

..vanillacoke..

TenangSudey said...

Vanila : final year? hahaha ok2... make sure fahamkan betul2 FYP tu n bukan main buat sekadar nak habiskan or siapkan je... make sure tahu kat mana added value yg ade pada ur FYP. Gud luck

nurul razak said...

timekasih abg abi :)

Anonymous said...

Baru je habis structured interview semalam....

TenangSudey said...

cane SI. ok ke?

Anonymous said...

Salam bro, boleh mintak tolong review n advice CV?

Amir Hazwan said...

thanks abi, this is going to be very helpful.

TenangSudey said...

amir hazwan : same2 bro.. moga ramai yang mendapat manfaat daripadanya. amiin

TenangSudey said...

Anon : Boleh antar la CV ke abiaiman.ayoub@gmail.com

si robot comel said...

salam boleh berikan contoh cv tak?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...